BEBERAPA TIPS KEHIDUPAN

Beberap Tips rengkas untuk jadi panduan mereka yang sedang membina kehidupan dan mendaki tangga kejayaan dalam kehidupan.

1.Uruskan sebaik mungkin penampilan peribadi luaran anda.Wajah,pakaian,tuturkata,kemasan diri mengikut masa dan keadaan.Eg pergi kerja atau nak berjemaah kemasjid tentulah berbeza.

2.Uruskan masa anda tepat pada ketikanya.Biar kita menunggu jangan biarkan orang menunggu kita.Penantian adalah satu penyiksaan.Kalau ada temujanji,datang 15 minit lebih awal.Hargai masa orang lain juga.

3.Pastikan kita berhujah bila diperlukan dan pastikan kita bercakap dalam konteks yang relevant pada ketika itu,jangan terkeluar dari landasan tajuk...Bila orang lain berhujjah,kita mesti tekun mengikuti,be a good listener.

4.Waspada dan peka dengan sensitiviti perasaan orang lain terhadap kita.Jangan syok sendiri dan ingat diri kita hebat.Ingat,orang lain pun ada ego dan perasaan masing2.

5.Sentiasa berdada lapang ,hati terbuka,sikap optimistik dan positif.

6.Sentiasa punya niat yang ikhlas,suara hati yang suci bersih,wajah besinar lambang kejernihan hati dan limpahkan segala keagungan,kepujian dan kemuliaan hanya kerana ALLAH SWT.

Cukup buat kali ini,Semoga Allah terus limpahkan hidayah dan barakah kepada kita semua.InsyaAllah.

Comments

muhammedsmama said…
ameen, jazakAllahu khayran kathira for your words and advice abah. Also, suara hati bersih akan terpancar dengan senyum yang simetri :D