BEBERAPA PANDANGAN TENTANG HARI KELUARGA KAB

Salam hormat semua warga AB,

Semoga semua terus di bawah lembayung pelindungan dan kasih sayang Allah swt jua.

Tidak ramai yang berpeluang mengikuti sekian lama bersama Hari Keluarga AB(HKAB).Paman adalah salah seorang daripada yang hingga kehari ini menjadi ahlinya seumur sehidup sejak tertubuh lebih 36 tahun yg lalu.Paman juga berpeluang menyelusuri berbagai pandangan yang positif dan negatif mengenainya sepanjang tempuh itu,dan yang terkini melalui episode "Warkah Kepada YDP".

Dalam ruangan yg terbatas ini,Paman cuba memaparkan beberapa pandangan yang telah dizahir dan ditintakan oleh warga AB sendiri berkaitan HKAB.Seperti biasa,Paman mohon agar kita bersikap positif dan menerima dengan dada yang terbuka luas berhadapan dengan pelbagai reaksi dari warga kita.Antara lain,dimuatkan disini,pandangan-pandangan mereka dan warga yang lain cubalah renung,analisa dan berikan respon yang sewajarnya terhadap pandangan-pandangan tersebut:

1.Ada yang merasa bangga kerana HKAB telah berjaya menjadi wadah memupuk semangat kerjasama,keperihatinan dan tolak ansur diantara ahli keluarga.

2.Terdapat juga yang memberi pendapat bahawa HKAB merupakan platform yang unik yang mengunjurkan keupayaan sebagai pelengkap antara satu sama lain dan bukannya sebagai pesaing.

3.Selain dari itu,ada yang mengutarakan agar konsep dan thema HKAB diubah walaupun objektif atau matlamat sambutan adalah utama.

4.Turut dinukilkan ialah rasa bosan terhadap HKAB yang dikatakan punya aturcara yang rutin(namun penulis tidak pula memberi cadangan alternatif).

5.Ada jua warga yang berpendapat bahawa sambutan HKAB tidak relevan lagi (alangkah hebatnya ia datang dari G3).

6.Yang mahukan HKAB lebih meriah pula, mahukan agar lebih banyak aktibiti untuk G3 diperbanyak dan dipelbagaikan.

7.Ada yang melahirkan rasa kecewa dan jengkel terhadap kehadiran dan pengisian majlis HKAB,yang pada pandangan amat perlu diperbetulkan sebelu ia bertambah mengecewakan.

8.Seorang warga dengan lantang menyatakan bahawa menghadiri HKAB hanya membuang masa dan kalau hadir pun kerana terpaksa.

9.Masih juga terdengar komen yang ramai menganggap diri mereka sebagai "orang luar"yang mana kehadiran mereka tidak memberi makna dan lebih selesa memberi komen secaraberselindung di belakang anonymous.

10.Dicadangkan juga agar HKAB buat perubahan agar ahli tak rasa bosan.


Demikian diantara luahan pandangan dan saranan Warga AB yang telah Paman terima.Paman serahkan kewajaran warga AB semua merenung,menganalisa dan memberikan komen serta respon yang sewajar sebaik mungkin untuk masa depan KAB tercinta.

Comments