Wednesday, May 27, 2009

"Merendahlah,

engkau kan seperti bintang-gemintang

Berkilau di pandang orang

Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi

Janganlah seperti asap

Yang mengangkat diri tinggi di langit

Padahal dirinya rendah-hina"

(Rahmat Abdullah)

Thursday, May 21, 2009

Allah selamatkan kamu...

Happy Sweet 26 !!





Menu special : SALMON BURGER !!



Bergaya dengan Camel jacket & Tigger !
Hope u enjoyed your birthday Atuk !! :)




Wednesday, May 20, 2009

SELAMAT HARI JADI ABAH !!


Alhamdulillah Abah is 62 today !!
Anakmu ini would like to wish Abah tersayang a very Happy Birthday today, semoga Allah s.w.t memberkati Abah sepanjang masa, semoga Abah sentiasa sihat, semoga bahagia di samping keluarga dan semoga tidak jemu membimbing dan menasihati kami.
Lots of hugs & kisses from your Eldest.
SEDIKIT PANDUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK SECARA ISLAM.

1.Ketika umur 1-6 tahun,beri belaian dan kasih sayang sepenuhnya.

2.Ketika umur 7-12 tahun,beri didikan,tarbiah,pamerkan contoh yang baik.

3.Ketika umur 13-19 tahun,beri nasehat,bimbingan,pandu jalan yg baik.

4.Ketika umur remaja,jadi teman,berunding,berbincang,bertukar ideas.

Semoga ada menafaatnya dalam mendidik anak-anak kita untuk jadi anak-anak yang
soleh dan solehah,InsyaAllah.

Monday, May 18, 2009

HAPPY BIRTHDAY DINA !



Nur Irdina Zahirah is 7! Thank you to atuk, uwan, pak ngah & mak ngah, pak lang & mak lang, mak ude, acik ros dan semua yg telah menjayakan majlis hari jadi Dina semalam. Love u all !




Sunday, May 17, 2009

BEBERAPA TIPS KEHIDUPAN

Beberap Tips rengkas untuk jadi panduan mereka yang sedang membina kehidupan dan mendaki tangga kejayaan dalam kehidupan.

1.Uruskan sebaik mungkin penampilan peribadi luaran anda.Wajah,pakaian,tuturkata,kemasan diri mengikut masa dan keadaan.Eg pergi kerja atau nak berjemaah kemasjid tentulah berbeza.

2.Uruskan masa anda tepat pada ketikanya.Biar kita menunggu jangan biarkan orang menunggu kita.Penantian adalah satu penyiksaan.Kalau ada temujanji,datang 15 minit lebih awal.Hargai masa orang lain juga.

3.Pastikan kita berhujah bila diperlukan dan pastikan kita bercakap dalam konteks yang relevant pada ketika itu,jangan terkeluar dari landasan tajuk...Bila orang lain berhujjah,kita mesti tekun mengikuti,be a good listener.

4.Waspada dan peka dengan sensitiviti perasaan orang lain terhadap kita.Jangan syok sendiri dan ingat diri kita hebat.Ingat,orang lain pun ada ego dan perasaan masing2.

5.Sentiasa berdada lapang ,hati terbuka,sikap optimistik dan positif.

6.Sentiasa punya niat yang ikhlas,suara hati yang suci bersih,wajah besinar lambang kejernihan hati dan limpahkan segala keagungan,kepujian dan kemuliaan hanya kerana ALLAH SWT.

Cukup buat kali ini,Semoga Allah terus limpahkan hidayah dan barakah kepada kita semua.InsyaAllah.

Friday, May 15, 2009

AND I HAVE A GREEN THUMB TOO !

Pokok tomato sudah berbuah !
Pokok bendi pun ada !

Dah la hensem, pandai.. rajin bercucuk-tanam pulak tu ~ hehe ^
Irfan dan pokok-pokoknye...:)

Sunday, May 10, 2009

Mak dan Udang-udangnya


Mine! all mine.......

izz punya senyuman terbaru













wow. notice the aura on that one! :p

Friday, May 8, 2009




Bangkit Bangkit (read as you would in Phoenix Bangkit)

Picture was taken sometime ago. It has been pleasantly resting in mak ude's camera. Amazing how a bag of kueh bangkit can bring so much fiesta !

Monday, May 4, 2009

Visata di Bukittinggi.

Cuba teka apa makna Pandai Sikek?hadiah lumayan

Ini istana kawab Atuk,Rusdi&Rusdina di Rao Rao,macam Villa DZB lah
Sawah padi hijau terbentang,pemandangan biasa,Mak Adah ingat macam KgPaya,Beranang.
Ini special punya,Nasi Padang.Makan di Kedai atau di Tepi Sawah,best gila...

Beralih ke kisah ulamak besar Hamka..

HAMKA adalah nama agung diNusantara dan karya serta perjuangannya terukir ditinta emas.Kami sempat singgah di bekas rumah kediaman beliau di Maninjau,Bukit Tinggi.Antara pesanannya:
1.Orang yg pintar ialah orang yg merasa bodoh.Sbb itu kita mesti banyak membaca dan tambah ilmu.
2.Orang yg boleh berurusan dgn Allah ialah orang yg selalu mensucikan dirinya.
3.Orang yg bahagia ialah orang yg menyediakan hidup nya utk pulang ke kampung halamannya,ia itu syurga
4.Kita perlu lari atau tinggalkan miskin ilmu,miskin iman,miskin akhlak dan miskin harta.

Sebenarnya panjang ulasanya,tapi itulah yg sempat dicungkil dlam perjalanan singkat ke Rumah Hamka baru2 ni.Semoga ada manafaatnya.

Gambar kami berdua di pintu Rumah HAMKA,kini jadi Museum

Gambar di Depan Istana Si Lindung Bulan.Rumah Gadang yg menjadi lambang pentadbiran
beradat Minangkabau.Disini masaalah adat,keluarga,negara diselesaikan oleh Pemerintah.
.

Sunday, May 3, 2009

Salam semut semua warga Jalan Berlian.Atuk tengah merangkak belajar posting ni.Saya budak

barubelajar,kalau cakap kenalah dengar.Kadang banyak idea,yg difikir menarek,syok sendiri,
tapi rasa elok kalau dapat kongsi bersama.Agaknya semakin matang lah..salam 165
hi
ini abah.