Monday, June 29, 2009

Peraduan menamakan Super Heroes ! Hadiah lumayan !




Majlis di Melaka

Eh ! Ini ke pengantin yang diraikan ? Buat peace sign. Pengantin pompuan lagi tinggi pulak tu.. murah rezeki...
Pak Lang was an all-rounder on that day. Dialah MC, dialah DJ, baca doa pun dia jugak ! Caya lah !
Oh..inilah pengantin yang diraikan.... Semoga berbahagia & gembira selamanya ya adik-adik...:)






Haa.. yang nie sah-sah mereka yang bahagia & gembira !




Tuesday, June 23, 2009

Mohon maaaf,sedikit pembetulan,salah ejaan sahaja.

Dipara tiga,yang betu ialah BERBELANJA bukan berbenja.

Yang betul ialah benda yang TAK MUSTAHAK DAN TAK MENDESAK

Yang betul ialah SENARAIKAN bukan senarikan

Kesilapan adalah tidak disenghajakan.Sekian.

Monday, June 22, 2009

Flying dolphins




Flying dad & son dolphins aka Mermales spotted off coast of Peninsular Malaysia

Thursday, June 11, 2009

And on the way back from T'ganu..

Singgah pula di Bukit Tinggi - Colmar Tropicale..



Begitulah ceritanye...and our next destination is....:)

LARI DARI TEKANAN..


Sempat pergi ke Masjid Kristal, KT.
And to the stadium yg runtuh with best fren Rozie..
Layang-layang @ Pantai Batu Burok. Beautiful !
Shopping @ Noor Arfa Batek. Sorry Ahmad, tak perasan pulak baju senget sebelah macam Pak Ude !
Way to go !~the youngest traveler!

Tuesday, June 9, 2009

Monday, June 8, 2009

URUSLAH MASA ANDA DENGAN BAIK

SEMALAM Atuk sempat borak dengan seorang anak buah yang punya hobi "luar Biasa"-hias kereta myvi nya.Sampai masuk competition,jadi club member dan ada menang hadiah.Tahniah.Dan jadi bahan bualan oleh ahli keluarga pula.Mengkagumkan.

2.Bagaimanapun,dalam sembang rengkas Atuk,seperti biasa,ada berikan sedikit nasehat yang
umum,dan tidak direct kepada hobi tersebut.Antara lain"

a.Pentingnya menguruskan dana wang kita sebaik mungkin.Aturkan supaya belanja diri,makan,pakaian,hiburan,kereta tidak dihabiskan.Simpan for rainy days,emergency,sumbang pada ibu ayah,atau utk personal saving.Punya saving habit yg baik memang amalan terpuji.

b.Pentingnya menguruskan masa dengan efficient and effective.Masa utk diri,ibadah,kesihatan,
keluarga,rakan2,hobi,.Untukkan masa dgn mmberi keutamaan mengikut keperluan diri.Jgn biarkan masa berlalu dan kosong tanpa beri manafaat kpd diri atau klrga.

c.Perlunya sentiasa sayangi dan hormati ibu bapa kita.Sebab nanti anak2kita pula akan sayang dan hormati bila kita tua.Sentiasa doakan keselamatan dan kaebahagiaan ibu ayah.Pamerkan kasih sayang kita pada mereka.Mengapa mesti malu.Mulailah dari hari ini.

d.Perlunya merancang dalam kehidupn ini.Termasuk apa usaha untuk perbaiki kerjaya,sahsiah
diri.Dari segi ilmu,ibadah,personality,kekeluargaan.

Nampak macam akademik sangat,tapi rasa puas sebab dapat sampaikan message.Harap ia berfaedah kepada sesiapa yang membacanya.

Sunday, June 7, 2009

Blogging live from Kijal

Awana Kijal Sea View.. well at night....

My first trip "outstation".....

Thursday, June 4, 2009

Wednesday, June 3, 2009

ANDA MENGHADAPI TEKANAN?

BAGAIMANA MENGHADAPI TEKANAN(STRESS).

Walaupun pada fitrahnya manusia akan sentiasa dilanda resah gelisah disebabkan oleh
berbagai tekanan,namun ,dengan izin Allah,kita perlu berusaha sebaik mungkin mencari
jalan bagaimana menghadapi dan menanganinya sebaik dan semurni yang mungkin.

Antara ikhtiar yang boleh diusahakan adalah seperti berikut:

1.Hadapi sebarang tekanan/musibah/ujian dengan penuh rasa sabar.Bersyukurlah atas segala
nikmat Allah dan bersabarlah bila ditimpa musibah.Berpandulah pada suara hati yang rasional
bukan emosi yang tak terkawal.

2.Usahakan untuk mencurah dan luahkan perasaan anda kepada Allah swt melalui solat dan doa.

3.Amalkan membaca AlQuran setiap hari,bila ada masa terluang dan ada peluang.Jadikan ia satu
amalan rutin harian anda.

4.Amal dan perbanyakkan solat sunat spt dhuha,hajat,tahjud,taubat dan witir.

5.Amal dan lazimkan Beristighfar dan Berzikir (mengingati Allah).Hambur dan lafazkan kalimah
kalimah Subhanallah,Alhamdulillah,Allah Akbar.

6.Rengankan kaki dan rajinkan diri tunaikan solat berjemaah di surau atau di masjid.Mungkin berat pada mulanya,tapi akan rasa nikmat dan bahagia bila dah jadi amalan harian.

7.Bergaul dan berinteraksilah dengan orang-orang soleh dan berilmu,spt Imam,Ustaz,Professor.

8.Guna dan isikan masa lapang dengan melakukan kegiatan yang sehat dan berfaedah.Jauhkan
sembang kosong dan bercakap tanpa faedah.

9.Jadikan riadah psizikal dan kerohanian secara berterusan/Istiqomah.

10.Bertawakal dan mohon keampunan dan keredhaan Allah SWT.


Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'du:28 "Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram
hati mereka dengan Zikrullah(mengingati Allah).Ketahuilah! Dengan zikrullah itu tenang
tenteramlah hati manusia."

Semoga tazkirah rengkas ini dapat jadi panduan dan amalan kita bersama.